PAS TERKELIRU – ANTARA ISLAM ATAU KUASA
Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu
telah memberikan pelbagai perspektif kepada semua orang .. tak kira penganalisis
politik, rakyat, raja dan sesiapa saja. Apa yang paling menimbulkan kecelaruan
di minda rakyat (pengundi) ialah kedudukan PAS dalam PAKATAN RAKYAT.????…
Kehadiran PAS dalam menceriakan
gabungan yang bergelar PAKATAN RAKYAT telah menimbulkan kesangsian di kalangan
ahli PAS itu sendiri. Siapakah yang membenarkan penggabungan ini sehingga
menyebabkan PAS kini hilang KUKU dalam usaha menegakkan ajaran ISLAM di bumi
MALAYSIA ini. Bukankah taat kepada SULTAN merupakan ajaran ISLAM ….. tetapi
KARPAL SINGH berjaya menguji kekuatan dan ketaatan PAS kepada ajaran ISLAM.
Sudah pasti… pada pemikiran KARPAL SINGH… PAS hanya mementingkan kuasa
pemerintahan berbandingkan agamanya dan PAS boleh bila-bila masa saja dijadikan
budak suruhan dalam menjayakan agenda DAP.
Tak hairanlah aku kalau PAS hanya
menTOKONGkan diri sambil mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa media yang
membesar-besarkan isu KARPAL SINGH ini. Tak abis-abis cara PAS menangkis dakyah
… pasti media yang disalahkan. Bukankah PAS mahu supaya media mendedahkan
kenyataan atau lapuran yang benar dan telus. Inilah kenyataan yang dibuat oleh
KARPAL SINGH yang secara telusnya disiarkan oleh media..
Takutkah PAS kepada DAP..sehingga
sanggup diperbudak-budakkan, diperkotak katikkan supaya terus kekal di dalam
PAKATAN RAKYAT. Memanglah PAS hanya benar-benar berkuasa di KELANTAN…
Di empat negeri lain PAS diibaratkan
sebagai seorang BURUH KASAR, menyokong setiap keputusan yang dibuat oleh DAP.
PKR pula hanyalah penumpang dalam kesemua negeri PAKATAN RAKYAT. Secara tak
langsung DAP telah menjadi kuasa penentu yang berkuasa kepada PKR dan PAS.
Bagaimana cekap dan cerdiknya DAP
PERAK yang telah memainkan isu MELAYU dan SULTAN. MB PERAK yang ala –ala
benggong telah dijadikan boneka dan menjadi alat bagi mencetuskan kemarahan
orang melayu. Aku amat yakin ini adalah penrancangan yang licin oleh KARPAL
SINGH dan kawan-kawan dalam DAP untuk menguji kesetiaaan orang melayu kepada
SULTAN dan RAJA mereka.
Selagi PAS masih dibuai dengan mimpi
indah memerintah PERAK, KEDAH dan KELANTAN .. selagi itulah DAP akan meneruskan
agendanya menghilangkan hak MELAYU dengan menjadikan PAS sebagai KUDA TUNGGANGAN
nya. Betapa ramai cendiakawan dalam PAS tetapi tak mampu memikirkan kesan kepada
PAS. ISLAM bukan lagi menjadi agenda perjuangan PAS tatkala ini…. Mereka hanya
mahukan kerusi.
Kalau dah GILA KUASA.. beginilah
jadinya….
petikan dari pedas
berapi